Posts

Kenapa PJH?

Apa itu PJH? PJH itu singkatan bagi Pengelola Jemaah Haji. Dengan kata lain pakej haji swasta tapi diiktiraf atau diakui oleh Tabung Haji. Tahun ini ada lebih kurang 34 PJH. Macam-macam pakej yang ditawarkan. Dan saya pilih Al Balad Travel and Tours. Ada 3 pakej yang ditawarkan oleh Al-Balad travel. Pakej Al Walid, Al Faroq dan Al Siddiq dengan harga yang berbeza-beza mengimut bilangan ahli sebilik dan jarak hotel ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Banyak kelebihan kalau pergi dengan PJH. 1 mutawif 15 jemaah. 

Kursus Perdana Haji

Bahang musim haji 2026@1447 h makin terasa. Kursus Perdana Haji telah berlangsung pada minggu lepas 3-4 April 2026 peringkat Negeri Kelantan di UMK, Bachok.  KT pertama akan berlepas pada 18 April menuju Kota Madinah. Saya punya pula adalah KT64B pada 7 Mei 2026, Khamis. Akan berlepas ke Jeddah memasuki Kota Mekah untuk tunaikan Umrah dulu.